Polis sedang menyiasat klip video yang didakwa menunjukkan anggota mereka
menerima rasuah berhampiran stesen minyak.
Menurut The Star, ketua polis daerah Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata
klip video berdurasi 31 saat itu dimuat naik oleh pengguna TikTok
@stickerpro_my
pada Khamis (21 Julai).
“Berdasarkan siasatan dan analisis awal klip video itu, kejadian berlaku di
sebuah stesen minyak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke
bandar.
“Kami kini cuba menjejaki pemegang akaun TikTok itu untuk merekodkan kenyataan
bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
@stickerpro_my Tiktok pls dont delete this again 😉, repost punyer... #fyp #tiktokmalaysia #peaceandlove #viral #malaysiaroar ♬ Ambition For Cash - Key Glock
Join our Telegram Channel