Shafee bukan dipecat – Najib Razak



Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ingin mengesahkan pelantikan Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Partners sebagai peguamcara untuk rayuan JPP beliau bersama En Hisyam Teh sebagai peguam utama dan peguam bersama yang lain.

Pertukaran peguam dilakukan selepas Jonathan Laidlow QC tidak diterima hadir untuk mewakili Dato’ Sri Najib dan selepas beliau berunding dengan peguam di Singapura dan Peguambela Kanan India mengenai perkara itu.

Pelantikan itu berkuat kuasa semalam.


Dato' Sri Najib menyatakan keyakinan bahawa pasukan baharu yang telah dihimpunkan akan membawa perspektif berbeza kepada pembelaannya.

Tuduhan percanggahan kepentingan adalah serius bagi hakim dan pihak yang didakwa.

Permohonan itu difailkan di mahkamah dalam hal itu. Dato’ Sri Najib tidak mahu mengulas mengenai isu itu kerana perkara itu kini belum selesai di hadapan Mahkamah Persekutuan.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa peguam cara terdahulu dalam rayuan SRC Shafee and Co. dan bekas peguam Tan Sri Muhammad Shafee bin Abdullah terus bertugas sebagai peguam cara dan peguam dalam semua kes lain yang melibatkan Dato’ Sri Najib yang kini di hadapan mahkamah Malaysia.

Dato’ Sri Najib ingin merakamkan sokongan dan penghargaan kepada seluruh pasukan guamannya atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam memastikan beliau diberi perbicaraan yang adil.


 Beliau juga ingin menyatakan bahawa adalah tidak adil bagi media untuk membuat kesimpulan atau melaporkan bahawa Shafee dan Co telah "dipecat" atau "dibuang".

Beliau bersama ramai ramai yang lain  berkeyakinan bahawa sistem perundangan Malaysia dan proses perundangan akan membuktikan beliau tidak bersalah dan memberikan keadilan, yang semua rakyat Malaysia layak di sisi undang-undang.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Terjemahan: Nabeel Naqie



Join our Telegram Channel
Telegram