Wanita dakwa dicabul pegawai Exco N.Sembilan



Seremban: Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang didakwa dicabul pegawai kepada Exco Kerajaan Negeri Sembilan di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk memanggil saksi bagi mengenalpasti kejadian sebenar.

"Pada 3 Julai lalu, pihak polis mengesahkan menerima satu laporan yang dibuat seorang wanita mengatakan dicabul di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu oleh seorang lelaki.


"Siasatan akan dilaksanakan daripada pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek yang terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-keduanya.

"Polis meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan memberi ruang serta masa bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh dan komprehensif," katanya. – Hmetro

 

Join our Telegram Channel
Telegram