Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung bagi halang #PRU15 diadakan – Zahid



Memecahkan Mitos Politik Parlimen Tergantung

1. Maksud mitos ialah cerita-cerita lama yang dianggap benar, namun tidaklah benar atau direka-reka.

2. Mitos politik pula ialah menceritakan perkara yang kurang benar malah boleh dibuktikan sebaliknya.

3. Baru-baru ini  Profesor Sains Politik dan Demokrasi tersohor,  Dr Wong Chin Huat memberikan pencerahan mengenai isu parlimen tergantung.


4. Menariknya beliau menyampaikannya dalam Simposium Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri siang semalam.

5. Profesor Sains Politik dan Demokrasi tersebut menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang perlu ditakuti atau dibimbangkan jika berlaku hung parlimen atau parlimen tergantung.

6  Keadaan ini bukanlah situasi yang teruk  seperti digambarkan pihak tertentu malah  tidaklah menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau ekonomi terjejas teruk.

7. Sebaliknya kita perlu ada pemahaman politik komparatif yang lebih dalam sistem politik. Kerajaan New Zealand 1996-2020  ialah terbentuk daripada itu akan tetapi tetap maju dan stabil.


8. Autoriti pencerahan oleh Profesor Sains Politik tersebut mampu  memberikan pencerahan dan membuka mata hati pemahaman mitos politik  semasa.

9. Justeru, janganlah menggunakan alasan takut parlimen tergantung seperti cuba dikhabarkan bagi menghalang PRU diadakan.

#MitosPolitik
#HungParlimen
#PencerahanOlehProfesor

– Zahid Hamidi


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram