PUTRAJAYA: Kalangan pemimpin utama Umno dikatakan selesai bermesyuarat dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana sebentar tadi.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa pemimpin bahagian Umno juga dilaporkan selesai mengadakan perjumpaan berasingan di ibu pejabat parti pada waktu sama.
Kereta rasmi Ismail bersama polis pengiring dilihat keluar menerusi pintu utama Kompleks Seri Perdana.
Pertemuan antara rombongan pimpinan Umno dan Ismail itu difahamkan bermula kira-kira pukul 8 malam dan berlangsung lebih satu jam. Butiran terperinci mesyuarat belum dipastikan.
Bagaimanapun, ia dikatakan berkait dengan mesyuarat antara presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan ketua-ketua bahagian Umno di ibu pejabat Umno hari ini yang dilapor mahu PRU15 disegerakan.
Menurut sumber, antara hadir dengan pertemuan dengan Ismail yang juga naib presiden Umno ialah timbalan presiden parti Mohamad Hasan, naib presiden Khaled Nordin, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Zambry Zambry Abdul Kadir dan Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub serta Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.
Bagaimanapun, Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak dikatakan tidak menghadiri pertemuan bersama Ismail itu. Mereka difahamkan berada di Menara Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bersama beberapa pemimpin Umno sebelum meninggalkan bangunan itu sebentar tadi.
Menurut sumber, pertemuan antara rombongan Umno dan Ismail itu dibuat selepas mesyuarat tergempar yang dihadiri ketua bahagian Umno di ibu pejabat parti, mendesak Ismail menyegerakan PRU15.
Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos yang hadir pada mesyuarat itu berkata 158 ketua bahagian sebulat suara mahukan pilihan raya umum diadakan “dengan kadar paling segera”.
Difahamkan, mesyuarat tengah hari itu yang dipengerusikan oleh Zahid tidak dihadiri Ismail dan Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid.
Esok, rayuan kes SRC International Najib di Mahkamah Persekutuan bersambung.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno menang besar jika #PRU15 segera diadakan, kata Dr M
- Zahid gesa segerakan #PRU15 selepas komen Dr M UMNO bakal menang besar
- ‘Bubar Parlimen tergesa-gesa ibarat bunuh diri’
- #PRU15: PM bimbang ‘Parlimen tergantung’ jika tiada parti raih majoriti mudah
- Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
- Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung bagi halang #PRU15 diadakan – Zahid
- Ismail Sabri, Annuar Musa, Tajuddin, Shahidan tidak muncul di mesyuarat tergempar UMNO
- 158 Ketua UMNO Bahagian desak #PRU15 segera
- #PRU15: Kena ‘tengok’ ekonomi, isu dalam negara dulu, kata Ismail
- Zahid dan saya tak ada isu, biar mahkamah tentukan kes, kata PM
- Pemimpin tertinggi UMNO dilihat masuki kediaman rasmi PM
- PM tinggalkan Seri Perdana selepas bertemu pemimpin Umno
- Zahid, Najib, pemimpin bahagian, selesai mesyuarat di PWTC, PM temui pimpinan utama lain di Seri Perdana
Join our Telegram Channel