KUALA LUMPUR: Menara Dato' Onn di ibu kota sekali lagi menjadi perhatian hari
ini.
Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan
mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Ibu Pejabat parti di
sini bermula jam 11 pagi.
Menurut mesej yang didakwa dihantar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad
Maslan pada jam 11 malam pada Ahad, pertemuan khas tersebut adalah berkenaan
dengan masa depan parti tersebut.
Difahamkan lebih 100 pimpinan UMNO menghadiri mesyuarat tergempar ini.
Antara pemimpin yang sempat ditemui ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri
Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri
Ahmad Said yang tiba sebentar tadi di Menara Dato' Onn.
Kedua-duanya hanya mengunci mulut ketika ditanya intipati mesyuarat pada hari
ini.
Media difahamkan mesyuarat berlangsung kira-kira jam 11 pagi dan selepas itu
tidak pasti sama ada akan diadakan sidang media atau tidak.
Sehingga kini, masih belum dipastikan isi mesyuarat, namun khabar angin
mendakwa ia mungkin berkaitan tarikh pilihan raya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno menang besar jika #PRU15 segera diadakan, kata Dr M
- Zahid gesa segerakan #PRU15 selepas komen Dr M UMNO bakal menang besar
- ‘Bubar Parlimen tergesa-gesa ibarat bunuh diri’
- #PRU15: PM bimbang ‘Parlimen tergantung’ jika tiada parti raih majoriti mudah
- Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
- Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung bagi halang #PRU15 diadakan – Zahid
- Ismail Sabri, Annuar Musa, Tajuddin, Shahidan tidak muncul di mesyuarat tergempar UMNO
- 158 Ketua UMNO Bahagian desak #PRU15 segera
- #PRU15: Kena ‘tengok’ ekonomi, isu dalam negara dulu, kata Ismail
- Zahid dan saya tak ada isu, biar mahkamah tentukan kes, kata PM
- Pemimpin tertinggi UMNO dilihat masuki kediaman rasmi PM
- PM tinggalkan Seri Perdana selepas bertemu pemimpin Umno
- Zahid, Najib, pemimpin bahagian, selesai mesyuarat di PWTC, PM temui pimpinan utama lain di Seri Perdana
Join our Telegram Channel