Najib dimasukkan ke HKL – Sumber



KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan di Kajang setelah didapati bersalah kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dilaporkan masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber terdekat memberitahu, beliau dimasukkan pagi tadi kerana masalah kesihatan.

“Setakat ini belum diketahui adakah beliau akan terus menerima rawatan di HKL atau balik ke penjara,” katanya kepada Media Variasi.


Jabatan Penjara sebelum ini mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan segala dakwaan palsu yang bermain di media sosial mengenai layanan terhadap bekas perdana menteri keenam tersebut.

Kata pihak penjara, sejak Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman terhadap Najib, tiada layanan istimewa yang diberikan oleh pihak Penjara Kajang kepada Najib.

Jabatan Penjara dalam satu catatan di Facebook meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai perkara yang tidak benar apa lagi hanyalah khabar angin.

Menurut sumber,  penjara Najib jauh daripada banduan lain, dan tidak punya kemudahan menyokong tahap kesihatan Najib.

“Tiada ‘plug’ untuk menggunakan alat bantuan pernafasan tidurnya malah hanya ada satu kipas yang sentiasa ‘on’ 24 jam tanpa suis.


“Penjara Kajang tiada kemudahan menyokong bantuan perubatannya. Bila-bila masa Najib terkena sakit dan mengancam nyawanya.

“Pegawai penjara sudah diberi arahan agar memberi layanan sama banduan lain kepada bekas perdana menteri itu,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu, keadaan di Penjara Kajang tidak seperti Sungai Buloh sebagaimana Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara itu,” katanya.

Sumber terdekat Najib pula memaklumkan beliau mengalami pendarahan pada usus. – MediaVariasi




Join our Telegram Channel
Telegram