TERKINI: Najib gagal rayuan akhir kes SRC



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Ini bermakna Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan mula menjalani hukuman.

Najib pada 28 Julai 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.


Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram