Mesyuarat UMNO malam ini bincang manifesto



KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri mesyuarat bersama pucuk pimpinan tertinggi UMNO malam ini.

Beliau yang hadir kira-kira pukul 7.40 malam itu dipercayai akan berjumpa bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan manifesto parti.

“Bukan mesyuarat ‘Top 5’, (ini) mesyuarat manifesto,” katanya ringkas ketika ditemui di sini hari ini.


Dalam pada itu, turut hadir pada mesyuarat malam ini iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri mesyuarat bersama beberapa pemimpin tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau dipercayai sudah meninggalkan ibu pejabat UMNO kira-kira pukul 6.35 petang. – Kosmo





Join our Telegram Channel
Telegram