PM tiba di Istana Negara persembah tarikh bubar Parlimen



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pintu 1 Istana Negara pada jam 3.49 petang Khamis.

Perdana Menteri dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 4 petang.

Ismail Sabri kelihatan ceria sambil melambai kepada petugas media di pekarangan Pintu 1 Istana Negara.


Difahamkan Perdana Menteri akan membentangkan urusan Kabinet kepada Agong dan cadangan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berkesempatan. – SuaraTV



Join our Telegram Channel
Telegram