Mossad rekrut wanita tempatan jadi perisik Israel di Malaysia, dibayar RM120 ribu



KUALA LUMPUR, 18 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membongkar satu jaringan perisikan Israel, MOSSAD di negara ini.

Perkara tersebut terbongkar selepas 2 orang rakyat Malaysia telah ditahan kerana terlibat dalam satu kes penculikan melibatkan warga Palestin pada akhir September lalu.

Menurut laporan eksklusif media berbahasa Inggeris tempatan, New Strait Times, pasukan polis telah melancarkan serbuan di sebuah chalet di Hulu Langat.


“Operasi dilancarkan dalam tempoh 24 jam selepas seorang rakyat Palestin diculik di tengah bandar raya Kuala Lumpur,” kata laporan itu.

Menurutnya, wanita tempatan berusia 30 tahun turut disyaki menjadi dalang rangkaian perisikan Israel di negara ini.

“Wanita terbabit telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018,


“Individu terbabit kemudiannya menjalani latihan di luar negara termasuk Eropah bagi menguasai ilmu perisikan,” kata laporan itu.

Tambahnya, wanita tersebut telah dibayar sebanyak RM120 ribu dan dipercayai terlibat dalam insiden penculikan seorang warga Palestin pada akhir September lalu.

Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi dari pihak PDRM. – airtimes.my






Join our Telegram Channel
Telegram