#PRU15: 50% keluar mengundi hingga 1 pm



Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 50 peratus pengundi yang layak di seluruh Malaysia telah membuang undi setakat jam satu tengah hari.

Jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum 2018 ialah 82 peratus, manakala 84 peratus pada 2013.

Hari ini menandakan pilihan raya umum pertama sejak umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik diperkenalkan.

Dalam pada itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan peratusan mengundi PRU15 hari ini akan tinggi.




Join our Telegram Channel
Telegram