BN tawar sistem pendidikan awal, asuhan percuma di seluruh negara



PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) akan menyediakan sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah jika kembali membentuk Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran itu adalah supaya Malaysia juga mempunyai sistem pendidikan awal dan asuhan percuma di seluruh negara selain sistem sekolah rendah dan sekolah menengah.


“Ia tidak lagi bersifat serpihan-serpihan atau bergantung kepada budi bicara atau tahap kemampuan ibu bapa. Sebaliknya, ia akan diwujudkan sebagai sebuah sistem universal yang tersedia untuk semua di seluruh negara.

“Perubahan sistem yang radikal ini bukan sahaja akan mengurangkan sebahagian besar kos penjagaan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh negara, tetapi menjadi bukti komitmen dan pelaburan besar negara dalam asuhan dan pendidikan awal,” katanya pada Pelancaran Perancangan Amal dan Usaha (PADU) BN yang disiarkan secara dalam talian malam ini. – KOSMO! ONLINE




Join our Telegram Channel
Telegram