PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dalam Perancangan Amal dan Usaha (PADU) akan melakukan satu revolusi besar-besaran dalam sistem pengagihan bantuan di seluruh negara jika parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas atau “Assistive Basic Income” dengan mengkreditkan atau memasukkan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2208.
“Ia adalah satu ‘top up’ atau tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya RM2208 sebulan.
“Skim ini akan hadir bukan sahaja bagi menangani kos sara hidup yang sangat membebankan, namun bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan,” katanya dalam siaran langsung di laman Facebook BN.
Tambah beliau, bagi mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000 diberi 2% potongan cukai pendapatan. – Kosmo
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pekerja diberi cuti bergaji pada hari lahir, janji BN
- BN janjikan kerakyatan untuk anak lahir di luar negara
- BN tawar pendidikan percuma untuk B40 di peringkat pengajian tinggi
- BN tawar sistem pendidikan awal, asuhan percuma di seluruh negara
- BN perkenal skim bantuan pendapatan asas, wang setiap bulan
- #PRU15: BN tawar komputer riba percuma bagi pelajar M40, guru
Join our Telegram Channel