DAP tak ada masalah bentuk kerajaan dengan BN – Guan Eng



Georgetown: Pendirian DAP berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) adalah sejajar dengan keputusan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan memberi sokongan terhadap keputusan yang diambil PH dan ia dibuat secara bersama memandangkan DAP adalah sebahagian daripada PH.

"Jadi saya tidak mahu cakap lebih daripada itu kerana ia adalah keputusan yang kita ambil bersama, bukan saja dalam mesyuarat CEC (Jawatankuasa Tertinggi Pusat). Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH, kita akan sokong keputusan yang mereka buat.

kkkkkkkk

"Kita sebahagian PH jadi kalau PH ada polisi itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH," katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau sudah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi PH berhubung cadangan itu, Guan Eng enggan mengulas lanjut.

"Saya baru sampai dari Kuala Lumpur dan bergegas ke sini untuk (menghadiri) pembentangan bajet," katanya. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram