KUALA LUMPUR – Apabila Dr Maszlee Malik berkata ”Satu dunia tengok perangai UMNO. Malu anak cucu tengok”, ketika dihalang masuk ke pusat penempatan banjir, dia lupa satu dunia tengok perangainya yang emosional.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin dia patut merendah diri walaupun berbangga menyelesaikan masalah sampah.
Tetapi Maszlee lupa, dia gagal bayar resit tol orang Simpang Renggam, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Katanya, Maszlee adalah ‘ahli akademik selebriti’ sebelum masuk politik hingga terbawa-bawa imej itu apabila menjadi menteri biarpun jawatannya gugur selepas beberapa bulan dilantik.
Dia masuk “kluster katak” kerana tinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kalah teruk di PRN Johor, padahal DUN Layang Layang di bawah Parlimennya.
Mohd Puad menyifatkan, Maszlee ahli politik ‘segera’, populis dan retoris, justeru riwayat politiknya kini di hujung tandung.
Berbanding dengan pesaingnya di kerusi Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad, sudah lama bergelumang dengan akar umbi. – MG
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel