‘Kalau mati di Australia, kebumi sebagai perempuan’ – Sajat



Sebut sahaja nama Sajat pasti orang awam mengenalinya sebagai usahawan kosmetik atau transgender terkenal dan telah berhijrah ke Australia kerana menukar jantinanya.

Baru-baru ini Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menarik perhatian netizen apabila menjawab persoalan di TikTok tentang kematiannya sama ada dikebumikan sebagai wanita atau lelaki nanti.

Tanpa rasa bersalah, dia berkata, dia tidak akan balik ke Malaysia dan akan dikebumikan di Australia, malah sebagai seorang wanita.


Menerusi video tular di akaun TikTok itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen kerana terkejut dan sedih dengan jawapan diberinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk memberi nasihat kepadanya agar kembali ke jalan yang benar.

Bukan itu sahaja, netizen turut berharap Sajat menyedari perbuatannya dan mendapat hidayah dari Allah suatu hari kelak.



Please subscribe










Join our Telegram Channel
Telegram