Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan terhadap dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Suruhanjaya itu hari ini menjelaskan siasatan awal mendapati hanya jumlah itu membabitkan dana kerajaan sedangkan RM437.5 bilion lagi bukan daripada kerajaan.
“Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” kata badan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas SPRM menerima butiran daripada Kementerian Kewangan mengenai pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.
Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama pada 5 Disember mendakwa terdapat "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.
Perdana menteri bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Muhyiddin pula berkata dia tidak pasti bagaimana angka itu boleh timbul dan mencadangkan pengkritiknya terkeliru dengan peruntukan RM530 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi.
Katanya daripada keseluruhan RM530 bilion itu, sebahagian besarnya tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan kerana ia termasuk pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP), moratorium bayaran pinjaman bank dan jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat.
Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan ketika berdepan pandemik Covid-19 itu pernah dibangkitkan oleh bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saya tak takut disiasat, kata Muhyiddin berkait dakwaan seleweng RM600 bilion
- PM arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN
- SPRM siasat dakwaan Annuar berpuluh juta dalam bilik Muhyiddin
- SPRM buka kertas siasatan dana RM600b, PM ucap takziah pada Muhyiddin
- PM retweet Najib: Siasat juga skandal pembatalan projek HSR
- SPRM panggil Muhyiddin, Khairy, Zafrul bantu siasatan dana RM600b
- SPRM siasat dana RM92.5 bilion didakwa diseleweng pentadbiran Muhyiddin
Join our Telegram Channel