‘Hari ini saya bersedia, bersemangat’, Puteri Sarah ceria fail cerai di mahkamah (5 gambar)



KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, tiba di Kompleks Mahkamah Syariah di sini bersama dua adik beradiknya pada pukul 10.30 pagi bagi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

“Sihat Alhamdulilah, semalam balik shooting (penggambaran) pukul 1 pagi tau, hari ini bersedia, bersemangat sebab ada adik beradik,” katanya ringkas.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan kepincangan rumah tangga Syamsul mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini.


Media turut melaporkan melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul mengharapkan agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.

Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Puteri Sarah menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun. – Kosmo













 

Join our Telegram Channel
Telegram