Mat Sabu enggan ulas hasrat Zahidi mahu sertai Amanah



PUCHONG – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu enggan mengulas berhubung kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hendak menyertai parti itu.

Ketika ditanya pemberita petang ini, beliau menjawab ringkas, hal politik kena jawab pada sidang media lain.

Pada Isnin lalu, Zahidi yang dipecat daripada UMNO selepas bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu mengesahkan penyertaannya dalam Amanah.


Malah beliau mahu menarik lebih 2,000 penyokongnya menyertai parti yang diketuai oleh Mohamad itu.

Zahidi berkata, penyertaannya dalam Amanah selepas bertemu dan berbincang dengan lebih 150 penyokongnya dalam satu pertemuan di Perlis. – MG



Join our Telegram Channel
Telegram