Dakwa pilih bulu, PBT Kota Bharu dikecam netizen, penjaja mengamuk rosakkan barang sendiri



Sudah menjadi kewajipan dan prosedur buat para penjaja mendapatkan lesen penjaja dan gerai dalam memastikan perniagaan yang diusahakan tidak mengundang sebarang masalah.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali menerusi perkongsian di Twitter yang menyaksikan para peniaga ini meluahkan rasa berang terhadap pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilihat mengambil tindakan terhadap penjaja ini.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai, penjaja ini dilihat bertindak agresif dengan merosakkan barang niaga dan makanan berikutan berang kepada pihak PBT.

Bukan itu sahaja, penjaja yang menjaja di tapak parkir ini turut mendakwa pihak PBT tidak bertolak ansur serta memaklumkan pihak PBT hanya berani dengan kaum Melayu sahaja.

Luahan kecewa penjaja dalam dialek Kelantan ini turut mendapat perhatian para netizen yang berpendapat terdapat segelintir penjaja yang tidak mempunyai lesen untuk berniaga sekaligus menjadi tidak adil buat mereka yang memohonnya.

Tidak kurang juga yang terkejut dengan tindakan penjaja ini yang seolah tidak dapat menahan rasa marah dengan menolak makanan dan minuman yang diusahakan.

Difahamkan, kejadian berlaku di Kota Bharu Kelantan. – Vocket





Join our Telegram Channel
Telegram