Khairuddin dilantik penasihat agama TPM



Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai penasihat agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Khairuddin dilantik memegang jawatan itu secara pro bono iaitu tanpa menerima gaji.

"Beliau berkhidmat sebagai penasihat agama tanpa gaji," kata sumber berkenaan.

Khairuddin adalah bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi serta bekas ahli parlimen Kuala Nerus.


Dia berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2011.

Sebelum itu dia melanjutkan pengajian di Universiti Jordan dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab seterusnya ke peringkat Sarjana dalam bidang sama di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada tahun 2000.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Khairuddin bertanding mempertahankan kerusi parlimen Kuala Nerus sebagai calon BN selepas mengisytiharkan keluar daripada PAS, namun tewas di kerusi berkenaan. − Mkini

 

Join our Telegram Channel
Telegram