Ab Rauf pelawa ADUN PN sertai kerajaan perpaduan Melaka, sasar sifar pembangkang



MELAKA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang kini berstatus pembangkang dipelawa menyertai kerajaan negeri perpaduan Melaka sebelum Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Julai ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, jika kedua-dua mereka iaitu ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof bersetuju menyertai, Melaka bakal mencatat sejarah tersendiri menjadi negeri sifar pembangkang.


“Saya mengharapkan dua ADUN daripada PN ini, kalau ada hasrat untuk menyertai kerajaan perpaduan kita sudi menerimanya.

“Harapan saya daripada 28 kerusi dalam dewan, kita sudah ada lebih 26 kerusi ADUN kerajaan. Kita (Barisan Nasional) menang 21 kerusi, lima daripada blok Pakatan Harapan (PH) iaitu empat DAP, satu Parti Amanah Negara (Amanah).

“Saya mengharapkan dua ADUN PN ini jika bersetuju, saya adalah orang yang paling gembira kerana Melaka bakal muncul negeri pertama, zero (sifar) pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang pertama di sini, malam tadi. − Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram