Bolehkah Maimun tolak siasatan SPRM semata-mata tidak suka?



KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara perlu mengambil tindakan terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kod etika hakim adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Keengganan berbuat demikian boleh menimbulkan persoalan adakah perlanggaran Perlembagaan Persekutuan tidak lagi penting, soal pemerhati politik, Lim Sian See.

Beliau mendakwa Nazlan telah menyorok fakta bahawa dana RM42 juta bukan berasal daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) tetapi daripada pinjaman RM170 juta oleh Putrajaya Perdana dari Maybank, yang mana Nazlan terlibat dan ada pengetahuan mengenai.

Perkara ini turut tertulis dalam laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara.


Kata Sian See, bukti ini cuba ditambah oleh Datuk Seri Najib Razak dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan tetapi telah ditolak.

Selain itu, Nazlan menyatakan dalam penghakiman bertulis bahawa Najib sengaja wujudkan SRC untuk “mencuri” wang tetapi realitinya ialah Maybank ketika Nazlan adalah General Counsel yang mencadangkan kepada 1MDB untuk tubuhkan SRC.

Maybank juga dibayar RM800,000 untuk tugas-tugas menubuh SRC termasuk menggubal dasasr-dasar pendek dan sederhana, model perniagaan polisi dan prosedur dalaman SRC serta struktur organisasi SRC.

“Bukti ini juga cuba ditambah oleh Najib dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan tetapi telah ditolak bersama 40 lagi bukti-bukti tambahan yang dimohon Najib.

“Akhirnya, Najib tidak pernah berjaya untuk menambah untuk tambah satu bukti baharu pun sepanjang proses rayuan kes SRC di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam hantaran di Facebook.


Sia See menambah, SPRM merupakan badan penyiasat kerajaan dan institusi kehakiman tiada kebolehan untuk menyiasat.

Persoalannya, adakah hasil siasatan rasmi SPRM tidak lagi penting dan boleh ditolak ketepi sahaja jika tidak disukai.

Tambahnya, laporan SPRM turut menyatakan tiga orang hakim telah diminta secara rahsia dan telah menolak untuk mengambil alih perbicaraan kes SRC dari Hakim Sofian sebelum Nazlan bersetuju.

Ini memberi gambaran bahawa badan kehakiman telah sengaja memilih hakim.

“Ianya satu tuduhan yang sangat berat sebab pilihan hakim sepatutnya dipilih secara rawak oleh sistem dan bukan dipilih secara manual oleh tangan-tangan ghaib,” ujarnya. – MG










Join our Telegram Channel
Telegram