Cikgu renang rogol anak tiri 16 tahun, diheret ke mahkamah esok, 32 pertuduhan



Seorang lelaki yang dipercayai merogol anak tirinya berusia 16 tahun bakal berdepan dengan 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan seks menggunakan objek di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, esok.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata lelaki berusia 36 tahun itu yang bekerja sebagai pengajar kelas renang, akan dituduh esok selepas menerima arahan pertuduhan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

“Kes ini telah dirujuk kepada PPN dan arahan untuk pendakwaan telah dikeluarkan pada esok iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.


“Suspek juga akan didakwa bagi 12 pertuduhan melakukan amang seksual mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dbawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata bagaimanapun, isteri suspek berusia 40 tahun yang turut ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan pula akan dijadikan saksi pendakwaan.

Beliau berkata siasatan polis mendapati remaja itu menjadi mangsa rogol ayah tirinya sejak 2020  dan kejadian dipercayai berlaku di kediaman mereka.


Pada Ahad lepas, media melaporkan polis menahan bapa tiri dan ibu kandung mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sebaik tiba dari Sabah sebelum direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol anak perempuan mereka.

Ekoran kes itu, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah dan ditemui di Perak selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang. − Bernama


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram