Lelaki rakam adegan amang seksual ibu, anak lelaki ditahan



Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan ibu dan anak lelakinya berusia 14 tahun di Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan Jumaat lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki berusia 25 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pemerasan dan rogol.


"Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.

Pada 4 Mei lalu, Bernama melaporkan seorang ibu direman bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Sementara itu, Ramli berkata lelaki berkenaan juga diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual anak perempuan kepada wanita terbabit yang berusia 15 tahun.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, kes berkenaan dilaporkan pada 8 Mei lalu dan lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes. − Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram