Sivakumar nafi rumah digeledah SPRM



PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia V Sivakumar menafikan laporan kediamannya digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas keterangannya diambil semalam.

Beliau yang diasak dengan soalan itu susulan siasatan membabitkan kes pengambilan pekerja asing hanya memberi jawapan ringkas kepada wartawan.

“Tidak ada, tidak ada,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pra pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023, menurut Berita Harian.


Terdahulu, tular berita mendakwa SPRM menggeledah pejabat dan kediaman menteri sumber manusia itu.

Ia dikatakan sebahagian daripada siasatan dijalankan SPRM susulan dakwaan kes rasuah dalam pengambilan pekerja asing yang turut membabitkan beberapa pegawai kanan kementerian terbabit. − FMT



Join our Telegram Channel
Telegram