Kuala Lumpur: Seorang joki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol gadis berusia 18 tahun di dalam kereta.
Bagaimanapun tertuduh, B Satia, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Mengikut pertuduhan, Satia merogol gadis terbabit dalam kereta di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, Maluri, Wangsa Maju, di sini, pada jam 5.20 pagi, 13 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa.
"Berdasarkan keterangan, kejadian rogol adalah secara paksa serta tertuduh dan mangsa tidak mempunyai apa-apa hubungan," katanya.
Bagaimanapun peguam bela Julie Faralisa Abd Jais memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu serta adik yang masih bersekolah.
"Tertuduh yang juga anak kedua tidak bersalah hingga didapati bersalah.
"Ibunya sedia menjadi penjamin dan anak guam akan menerima syarat tambahan dikenakan," katanya.
Izralizam kemudian membenarkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak boleh mendekati mangsa atau jaminan akan dibatalkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Remaja mengaku salah rogol adik kandung
- Abang rogol adik hingga lahirkan anak
- Lelaki, remaja ditahan lakukan seks dalam kereta siang Ramadan
- Pasangan tular buat seks dalam kereta siang Ramadan direman dua hari
- Pelajar lepasan SPM didakwa rogol remaja 15 tahun
- Rogol remaja 14 tahun bergilir-gilir, 3 lelaki ditahan
- Joki didakwa rogol gadis 18 tahun dalam kereta
Join our Telegram Channel