Netizen kecam Syarikat Air Kelantan, supply air kotor pun dapat bonus RM10,000?



Menjelang hari raya pada tahun ini, isu air telah menjadi masalah utama kepada beberapa negeri, terutamanya Kelantan.

Pada 22 April yang lalu, The Vocket sempat merakam keluhan rakyat ‘serambi mekah’ yang menyerang ucapan hari raya Air Kelantan disebabkan ketiadaan air.

Selain itu, tindakan seorang Yang Berhormat dari negeri berkenaan yang menggunakan air dari pili bomba untuk disalurkan kepada rakyat dikawasannya turut menjadi perdebatan dan menjadi ukur atur betapa seriusnya masalah air di negeri ini.


Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan netizen apabila tular sebuah surat dimana semua ahli lembaga Air Kelantan bakal mendapat duriah runtuh bernilai RM10,000 sebagai saguhati Hari Raya Aidilfitri.

Surat yang dikeluarkan pada tahun ini dengan logo rasmi Air Kelantan terpampang di bahagian atas menyebut bahawa Pengarah-Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd bersetuju untuk meluluskan pemberian saguhati bernilai RM10,000 kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (senarai ALP Air Kelantan di sini), pemberian saguhati sebanyak RM200 kepada kakitangan dan pemberian saguhati sebanyak RM2,000 kepada Setiausaha Syarikat.

Persoalan yang timbul oleh masyarakat Malaysia adalah kewajaran Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan untuk menerima bonus bernilai RM10,000 sedangkan masalah air di sana masih belum diselesaikan dan kenapa kakitangan syarikat hanya dapat merasa bonus RM200 sedangkan Ahli Lembaga Syarikat mendapat duriah runtuh berlipat ganda?


Kebanyakan netizen memberi reaksi yang pelbagai dengan kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perolehan bonus ini. Sebahagian lagi meminta agar pihak yang bertanggungjawab lebih peka dengan isu semasa.

Sejak laporan ini ditulis, Air Kelantan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan menjawab mengenai kesahihan surat tersebut. − Vocket












Join our Telegram Channel
Telegram