Jiran sangap tunjuk kemaluan



AKIBAT gagal mengawal nafsu syahwat, seorang lelaki ditahan selepas menunjukkan kemaluan kepada jirannya di kawasan Taman Dato Hormat, Petaling Jaya semalam.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat mangsa, seorang wanita berusia 47 tahun yang juga merupakan jiran suspek.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku ketika suspek berada di halaman rumahnya.

“Suspek telah menunjukkan kemaluannya ketika mangsa lalu di hadapan rumahnya.


“Susulan laporan mangsa, kita kemudian telah menahan suspek yang berusia 33 tahun di kawasan sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang juga bekerja sebagai seorang juruteknik bangunan telah ditahan reman selama sehari dan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan. – SM



Join our Telegram Channel
Telegram