PETALING JAYA: Polis Subang Jaya sedang mengesan seorang lelaki yang dirakam
melakukan aksi onani dalam LRT Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Amihizam Abdul Shukor berkata,
seorang wanita membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang berlaku
sekitar 8.30 malam 4 April lalu.
Beliau berkata, pengadu menaiki LRT dari Alam Megah ke Taman Melawati. Tiba di
stesen USJ 21, suspek menaiki kereta api dan duduk bertentangan wanita itu,
sebelum mula melakukan perbuatan tidak senonoh itu.
“Pengadu sempat merakam sebahagian perbuatan suspek tersebut. Sehingga kini,
identiti suspek belum diketahui,” kata Amihizam dalam kenyataan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan
perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan
seseorang, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, atau denda,
atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Join our Telegram Channel