Tunjuk kemaluan di tempat awam, lelaki didenda RM100



PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 54 tahun didenda RM100 selepas mengaku bersalah mendedahkan kemaluannya ketika berada di sebuah pasar raya di Cheras.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki itu ditangkap pada tengah hari Isnin lalu kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Katanya, sepasukan anggota polis menangkap lelaki itu di pusat membeli-belah di Jalan Cheras selepas menerima laporan daripada orang awam.


“Kertas siasatan yang lengkap dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya dan mendapat arahan untuk tuduh suspek di mahkamah.

“Suspek dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 di Mahkamah Jalan Duta semalam dan mengaku bersalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, suspek boleh dihukum penjara 10 hari jika gagal membayar denda, iaitu hukuman maksimum di bawah akta itu. − FMT



Join our Telegram Channel
Telegram