Antara sebab utama rejim Gagalkrasi PH ditolak majoriti orang Melayu Islam
ialah penjualan aset negara secara lambak - terutamanya aset-aset milik Tabung
Haji.
Sebab itu ianya amat mengecewakan bahawa TH Plantations mengumumkan mereka
sedang teruskan rancangan yang dibuat masa kerajaan PH dahulu untuk menjual
74% daripada jumlah keluasan ladang mereka dan proses penjualan ini dijangka
selesai dalam masa 12 bulan lagi.
Tidak ada sebarang penjualan yang telah ditandatangan masa PH telah dibatalkan
masa kerajaan PN ini.
Ini termasuk penjualan ladang TH Plantations Sarawak di mana nilai buku ladang
telah diturunkan dari RM360 juta ke RM120 juta selepas TH Plantations
tiba-tiba tukar jurunilai terkenal kepada jurunilai baru yang menggunakan
andaian-andaian yang meragukan termasuk menggunakan harga minyak sawit
sebanyak RM1,600-RM1,800 satu tan.
Lalu ladang Sarawak tersebut dijual kepada syarikat non-Bumi Tamaco yang
dimiliki keluarga Lim dengan harga RM170 juta pada tahun lepas walaupun
pengeluaran dan keuntungan ladang tersebut semakin meningkat.
Alasan TH Plantations masa itu untuk menjual aset ialah syarikat sedang
mengalami kerugian sebab harga minyak sawit rendah pada harga sekitar RM1,600
hingga RM1,800 satu tan.
Sekarang TH Plantations sudah mencatat keuntungan semula setelah harga sawit
naik ke RM3,400 satu tan iaitu paling tinggi sejak 8 tahun dahulu akibat
pengeluaran minyak sawit di Indonesia jatuh.
"11 Nov: Harga minyak sawit tertinggi sejak 2012". Rujuk di
sini.
Namun alasan sekarang kenapa TH Plantations masih mengalami tekanan untuk
menjual aset bertukar pula hari ini.
Alasan baru menurut TH Plantations dalam kenyataan semalam pula ialah:
"Pandemik dan penutupan pintu sempadan Malaysia sejak suku pertama menjadikan
keadaan operasi mencabar. Sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu
terus menjejaskan pengeluaran perladangan pada suku semasa,"
"26 Nov 2020: TH Plantations mulakan penjualan aset". Rujuk di
sini.
Eh! Kelulusan untuk pengambilan pekerja asing ialah di bawah bidang kuasa
kerajaan. Sebagai sebuah syarikat GLC, kenapa kamu tak rayu kepada Menteri PN
untuk mendapat kelulusan untuk pekerja asing jika kamu tak berjaya mengambil
pekerja tempatan untuk mengganti pekerja asing?
Kerajaan BN masa saya PM perlu masa 9 tahun untuk menaikkan jumlah keluasan
ladang milik TH Plantations dari 20,000 hektar ke 104,000 hektar.
Sekarang dijual dan dirancang untuk dijual 74% keluasan pula berdasarkan
alasan-alasan yang tidak bertukar-tukar dan tidak boleh diterima pada ketika
harga sawit pada harga paling rendah sejak 8 tahun dahulu dan syarikat sedang
catat keuntungan.
Amat mengecewakan.
"26 Nov 2020: Penjualan aset TH Plantations selesai dalam tempoh 12 bulan".
Rujuk di
sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Najib kecewa kerajaan PN teruskan penjualan ladang TH Plantation era PH
- Kerajaan tubuh RCI siasat Tabung Haji dari 2014 hingga 2020, kata TPM
- Netizen kecoh RCI TH tidak siasat kebejatan zaman PH?
- RCI tak siasat zaman PH kerana belum audit, kata sumber
- RCI Tabung Haji tak siasat zaman PN sebab kerajaan masih baru
Join our Telegram Channel