
Polis sedang berusaha mencari seorang lelaki berusia 24 tahun selepas menerima
laporan daripada seorang wanita yang mengadu dia diintai lelaki berkenaan
semasa sedang mandi di sebuah rumah di Taman Setia Indah, di Johor Bahru,
Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata
wanita berumur 23 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 2.26 petang
selepas menyedari dia diintai melalui tingkap tandas rumahnya kira-kira pukul
7.15 pagi.
"Dia (mangsa) menyedari perkara itu selepas mengesan ada pergerakan orang di
luar tandas melalui tingkap tandas yang sedikit terbuka ketika itu.
"Dia juga mendakwa ini kali kedua dia mengalami kejadian sama sejak menyewa
kediaman berkenaan, dua bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan, malam
tadi.
Mohd Padzli berkata wanita itu mengesyaki jirannya itu yang melakukan
perbuatan berkenaan, malah pernah membuat rakaman video pergerakan suspek
menggunakan telefon bimbit, namun gambarnya tidak jelas.
Join our Telegram Channel