Rasuah perlu ditakrif semula, penerima sumbangan bukan rasuah – Abdul Hadi



Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, takrif rasuah hendaklah dikaji dari sudut pandangan Islam yang sebenar, dengan tidak meletakkan makna rasuah sekiranya sumbangan kepada pihak yang sebenarnya memang memerlukan bantuan dan sumbangan.

Kata beliau, golongan yang menerima sumbangan sama ada individu atau masyarakat umum, bukan untuk tujuan peribadi dan kalangan tertentu sahaja.

“Maka tiada orang yang akan menjadi mangsa akibat kesalahan daripada tindakan undang-undang yang dizalimi, bukan kerana kesalahannya mengikut hukum Allah SWT.


“Pada masa yang sama, perlu diambil kira dari segi ekonomi pendapatan atau gaji yang cukup bagi keperluan diri dan keluarga,” katanya dalam tulisan di Facebooknya kelmarin.

Menurut Presiden Pas itu, sekiranya mahu mencegah wabak penyakit seperti taun dan Covid-19, maka hendaklah dicegah dengan tindakan yang sempurna dan menyeluruh. – SM 

Join our Telegram Channel
Telegram