Anak gadis 13 tahun dirogol sepupu 14 tahun 3 kali hingga lahirkan anak



Di Kota Belud, Sabah, seorang wanita terkejut apabila anak gadisnya yang baru berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi.

Wanita tersebut menyedari hal berkenaan selepas tersedar daripada tidur kira-kira pukul 3 pagi.

Menerusi laporan Sinar Harian, remaja tersebut dipercayai sedang membersihkan seorang bayi perempuan ketika ibunya sedang tidur.


Namun begitu, rahsia yang disimpan selama ini telah ‘kantoi’ apabila si ibu ternampak insiden berkenaan di depan mata.

Susulan daripada itu, wanita tersebut segera membawa anak dan bayi berkenaan ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.

Hasil siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam, untuk siasatan selanjutnya.


Setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang merupakan sepupunya.

Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

 

Join our Telegram Channel
Telegram