Berbulan pregnant, tiba-tiba Lucinta akui tak hamil pula



Pendedahan yang dibuat selebriti media sosial Indonesia iaitu Lucinta Luna yang mendakwa dirinya sedang hamil secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen terkejut dan tergamam.

Bahkan, seorang doktor menjelaskan jika seseorang lelaki itu ‘mengandung’ kemungkinan besar dia menghidap kanser testis.

Terbaharu, menerusi Intipseleb, dia mengaku hanya mereka-reka content kehamilan yang dihadapinya itu untuk memberi hiburan kepada pengikut sahaja.

Sebelum ini, Lucinta Luna membuat pengakuan dan memaklumkan bahawa dirinya hamil di media sosial.


Susulan itu, dia juga kelihatan sering memuat naik foto gambar perutnya yang semakin membesar dan sempat memberitahu dia hamil anak kembar.

Selebriti media sosial itu bagaimanapun telah mengaku dia sengaja mencipta kontroversi kehamilannya itu mendapatkan perhatian ramai.

Dia juga berharap agar orang ramai tidak mengambil serius mengenai isu tersebut.

Katanya lagi, kehamilan palsu itu diinspirasikan daripada Nagita Slavina iaitu isteri kepada pelakon Raffi Ahmad yang kelihatan cantik sewaktu fasa kehamilannya.

Lucinta Luna turut memaklumkan teman lelakinya yang merupakan seorang mat salleh tidak tahu yang dia adalah transgender.


Dia mendedahkan dirinya sering dimanjakan dengan teman lelakinya itu dengan duit dan hadiah yang mahal-mahal.

Aku kan sudah tidak laku di sini. Jadi, aku cari mat salleh yang tidak tahu latar belakang aku.

Bila aku kenalkan dia, ramai pula DM nak kenal dengan dia, model dan instafamous pun ada. Tapi dia tetap cinta aku.

Aku diberi wang 100juta Rupiah habis beli diamond kemudian dia bagi lagi duit. Ini yang buat perempuan suka. Dah lah handsome, badan macam atlet buat aku jadi gila-gila. – Intipseleb

 

Join our Telegram Channel
Telegram