Di Selangor, beberapa orang pekerja warga asing dipercayai ingin melarikan
diri dari kawasan kediaman mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di kawasan tersebut.
Isu berkenaan berjaya mencuri tumpuan netizen apabila video kesemua mereka
sedang membawa ‘beg pakaian’ viral di media sosial.
Difahamkan, kesemua pekerja tersebut telah menerima arahan daripada pihak
kilang agar menyediakan pakaian dan keperluan yang secukupnya.
Malah, pihak kilang juga dipercayai menasihati kesemua para pekerja agar
berhati-hati ketika keluar daripada kawasan perumahan tersebut.
Ini kerana, mereka tidak mahu penduduk kawasan tersebut menyedari hal
berkenaan.
Di samping itu, pihak kilang juga dipercayai sudah menyediakan penginapan buat
mereka yang sudah keluar dari kawasan perumahan tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa geram apabila melihat rakaman video tersebut.
Menurut netizen, setiap manusia perlu mempunyai sikap tanggungjawab dan jangan
mementingkan diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel