Raja-raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas
1 Ogos.
Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Raja-Raja
Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.
Kenyataan itu hadir berasingan dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang
menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat
mungkin.
"Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1
Ogos 2021," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja.
"Raja-Raja Pemerintah berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan
imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk
menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab
kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara
"Dalam semangat tersebut Raja-raja Pemerintah menyokong dan senada dengan
pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar
parlimen segera bersidang," tambah kenyataan itu.
Raja-Raja Melayu turut sependapat berhubung enam perkara lain iaitu:
- Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain,
- Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.
- Program menangani wabak Covid-19 hendaklah difahami serta mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan tanpa dianggap mempunyai sebarang muslihat politik yang terselindung.
- Kaedah menangani wabak Covid-19 hendaklah bersifat inklusif.
- Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.
- Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- AGONG: Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin
- Majlis Raja-Raja: Tiada keperluan sambung darurat selepas 1 Ogos
- Agong tak tetap bulan berapa buka Parlimen, kata Takiyuddin
- UMNO sokong Agong, buka Parlimen, tamatkan darurat, tuntut bantuan untuk rakyat – Zahid
- Agong, Raja-Raja tak puji pentadbiran PN – Najib
- Agong suruh segerakan sidang Parlimen, pemimpin PPBM kata macam binatang politik
- Takiyuddin mungkin dipanggil beri keterangan, kata Hamzah
- DARURAT: Agong boleh arah parlimen bersidang tanpa nasihat PM
- Ahli Parlimen boleh bersidang dalam kilang sebab sana selamat – Najib
- Buka Parlimen dalam masa 14 hari, atau... – Zahid
- PAS dikecam cuba ajar Agong, Majlis Raja-Raja
- TERKINI: Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari
Join our Telegram Channel