Ketika banyak bahagian di dunia bangkit dari pergelutan pandemik COVID-19,
Malaysia pula gigih melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk
membendung penyebarannya.
Malaysia yang pada awalnya dilihat sebagai negara contoh yang positif bagi Asia Tenggara
dalam membendung virus tersebut, kini menjadi salah satu negara yang paling
teruk terjejas di rantau ini.
Rakyat Malaysia yang kecewa menggunakan hashtag di Twitter #kerajaangagal yang
kini sedang trending demi meluahkan kegagalan kerajaan dalam usaha menangani
keadaan dan ekonomi negara yang hancur.
PKP telah mengurangkan kes-kes, kerana kadar jangkitan nasional menurun
menjadi 6,61 peratus daripada 7,28 peratus minggu sebelumnya.
Gambar-gambar menunjukkan langit yang suram di Kuala Lumpur dengan pemandangan
Menara Berkembar Petronas yang ikonik; jalan yang lengang semasa pkp; pusat
membeli-belah berhampiran kediaman saya ditutup kecuali pasar raya dan
farmasi;
kemudahan komuniti seperti kolam renang dan gim juga ditutup di kondominium
saya; pengumuman berkaitan Covid-19 yang dipaparkan di skrin LCD gergasi di pusat bandar;
dan
Join our Telegram Channel