PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disiasat polis
selepas didakwa memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran
kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam, Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata siasatan
dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1)
Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya,
menurut laporan Bernama.
Terdahulu, kecoh di media sosial susulan penularan gambar dan video memaparkan
individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan
negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan
dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- MB Kedah test drive kereta waktu PKP, lari naik Vellfire selepas kantoi
- Pandu uji kereta ketika PKP, MB Kedah disiasat polis
- MB pi jengok kereta je, bukan nak pi beli
- Nini pertahan dakwaan MB Kedah test drive kereta walaupun teruk dikecam
- MB Kedah mengaku berlaku kejadian test drive, Setpol kantoi menipu
- Kes test-drive MB Kedah polis tunggu nasihat pendakwa
- MB Kedah dikompaun langgar SOP test drive, terbukti sebelum ini beliau menipu
- Individu kantoikan MB Kedah test drive lahir rasa syukur, saya bukan RBA
Join our Telegram Channel