Terjatuh dari kapal, kanak-kanak berenang 3 jam di laut selamatkan diri



KEBERANIAN seorang kanak-kanak, Ridho Ilham yang cuba menyelamatkan diri dengan berenang di tengah-tengah lautan mendapat penghargaan daripada Angkatan Laut (AL) Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh dari kapal penyeberangan laluan Kronjon Banten menuju Pulau Harapan, Kepulauan Seribu pada 18 Jun lalu.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kebetulan ketika itu kapal perang TNI KRI Sembilang-850 yang sedang menjalanakan tugas rondaan terserempak dengannya.


“Anak kapal melihat adanya kontak visual di haluan lambung kiri dengan jarak lebih kurang 100 meter benda terapung.

“Setelah didekati terdapat seorang anak kecil berenang di tengah laut sendirian,” kata TNI Angkatan Laut dalam kenyataan melaui akaun Twitter seperti dilaporkan portal detik.com. 

Semalam kanak-kanak yang dianggap cekal dan berani menerima penghargaan sebuah basikal daripada Angkatan Laut TNI

Timbalan Ketua Staf Angkatan Laut, Laksamana Madya TNI Ahmadi Heri Purwono menyampaikan hadiah itu dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh kedua-dua orang tuanya.


‘’TNI AL menghargai ketahanan mental dan keberaniannya sehingga mampu bertahan selama tiga jam di lautan. Inilah yang hargai, apatah lagi anak ini bercita-cita menjadi anggota tentera laut, kita perlu bantu kerana mentalnya sudah tidak boleh diragukan, ‘’ kata Ahmad Heri. 

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada anggota-anggota KRI Sembilang-850 yang bersiap sedia membantu Ridho yang dalam kesusahan. – Utusan



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram