Antarabangsa dan Industri dalam lawatan rasmi ke Turki.
Menteri kanan itu menerima kecaman semalam setelah dia melawat bangunan bersejarah, Hagia Sophia ketika berada di Turki
Pada mulanya terdapat dakwaan bahawa Azmin membawa keluarganya dalam lawatan itu.
Bagaimanapun anak perempuan Azmin, Farah Amira malam tadi cuba menjelaskan perkara sebenar menerusi media sosial.
"Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang dekat Malaysia," katanya sambil memaparkan gambar dia dan adik-beradiknya di depan televisyen yang menunjukkan saluran TV3.
Dia juga menyiarkan gambar dan kapsyen yang sama di Instagram Story.
Tidak kelihatan dalam gambar itu adalah isteri Azmin, Shamsida Taharin.
Pemandu pelancong yang membawa Azmin mengelilingi Hagia Sophia pada mulanya menyiarkan di Instagram yang dia membawa menteri itu "dan keluarganya" di sekitar lokasi bersejarah itu.
Lelaki itu pada awalnya menulis di Instagram bahawa dia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan "keluarganya". Pun begitu, perkataan "keluarga" itu kemudian dikeluarkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tak tahu mcm mana lagi nak buktikan kita org ada dekat Malaysia 😠pic.twitter.com/i00L0o95fZ
— Amira Azmin (@amiraaazmin) July 12, 2021
Join our Telegram Channel