Ebit tiba di tanah air ucap terima kasih Hishammuddin



PETALING JAYA- Selepas hampir sebulan berada di Gaza bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin akhirnya pendakwah terkenal, Ebit Lew selamat tiba ke tanah air tadi.

Berita gembira itu dikongsi sendiri Ebit menerusi laman sosial Facebooknya sambil memaklumkan akan menjalani kuarantin di lokasi yang ditentukan Kementerian Kesihatan (KKM).


Katanya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selain Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir atas sokongan mereka.

“Alhamdulillah, segala puji milik Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih semua yang selalu mendoakan, Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua.

“Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan KKM. Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir,” tulisnya tadi.


Dalam masa sama, Ebit turut merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat penerbangan, Turkish Airlines kerana menaja penerbangan mereka.

“Terima kasih Turkish Airlines selesa sangat dan layanan paling seronok, makanan semua sedap, semoga berkat dan bertambah maju,” katanya. – Kosmo 



Join our Telegram Channel
Telegram