Sejak akhir-akhir ini, dapat dibaca hampir setiap hari terdapat kes individu
di Malaysia yang memilih jalan untuk bunuh diri akibat tekanan hidup dan
sebagainya.
Kes yang wajar dipandang serius ini walau bagaimanapun telah menjadi
segelintir agen takaful yang mempromosikan produk mereka dengan mengaitkan
dengan isu bunuh diri di mana ahli keluarga terdekat berpeluang menerima
pampasan hibah.
Isu yang dianggap sensitif dan dipromosikan untuk orang ramai mendapatkan
takaful disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum
mempunyai tarikh tamat ini walau bagaimanapun kurang disenangi para netizen.
Menerusi isu yang berlaku, para netizen meluahkan rasa tidak puas hati
terhadap segelintir agen takaful yang mempromosikan produk mereka dengan etika
yang salah.
Tidak kurang juga agen takaful yang menolak iklan seperti ini yang mampu
membuatkan orang ramai semakin tidak berminat mendapatkan takaful.
Melihat kepada keadaan semasa di mana orang ramai tertekan serta mendapatkan
makanan menjadi taruhan berikutan kegagalan untuk keluar mencari rezeki,
diharap orang ramai dapat menjaga sensitiviti masing-masing.
Join our Telegram Channel