BEIRUT: Ahli perniagaan terkemuka di Lubnan, Najib Mikati dilantik sebagai
Perdana Menteri baharu negara itu, selepas beliau menerima sokongan majoriti
ahli Parlimen.
Lapor Al Jazeera, Mikati yang pernah memegang jawatan perdana menteri sebelum
ini, menerima 72 undi daripada jumlah 118 ahli Parlimen.
Mikati tidak berasal daripada mana-mana blok politik mahupun dinasti.
Proses pengundian itu berlaku di Istana Baabda yang mana Presiden Michel Aoun
mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen dari pukul 10.30 pagi (waktu
tempatan).
Pelantikan Mikati dibuat kira-kira 11 hari selepas Saad Hariri meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri berikutan situasi politik tidak menentu dan pertikaian
dengan Auon serta ahli Parlimen, Gebran Bassil selama sembilan bulan.
Lubnan berdepan krisis ekonomi terburuk sejak insiden letupan Pelabuhan Beirut
tahun lalu yang mengorbankan hampir 200 orang dan memusnahkan sebahagian besar
ibu negara tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel