Ketika rakyat menyuarakan perasaan tidak puas hati melalui media sosial
berikutan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19 di negara ini,
penyanyi Elizabeth Tan hari ini mempersoalkan sama ada Malaysia masih
mengamalkan sistem demokrasi atau tidak.
Melalui Insta story, selebriti yang juga dikenali sebagai Lizzie itu turut
menyertakan undian sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangannya.
“Tak tahulah Lizzie boleh cakap benda ni ke tak… Tapi nak cakap jugak. Negara
ni masih negara demokrasi ke?
“Macam tak je? Korang rasa?” soalnya melalui Insta story.
Selepas lapan jam, undian itu menunjukkan 59 peratus bersetuju dengan
pendapatnya, sementara selebihnya tidak bersetuju.
Perkembangan ini hadir ketika kemarahan dan kebimbangan orang ramai kian
memuncak akhir-akhir ini berhubung kes harian Covid-19 yang kekal tinggi meski
pelaksanaan darurat sejak 11 Jan lalu.
Ia mendorong penggunaan tanda pagar #kerajaangagal dalam kalangan pengguna
media sosial.
Boleh Undi Di Sini
Join our Telegram Channel