JAKARTA – Seorang lelaki di Sumatera Selatan didakwa memukul isterinya yang
bernama Siti Nurhaliza, 22, selepas wanita itu bertengkar dengan ibunya, lapor
portal Sumsel.update, baru-baru ini.
Tertuduh, Nopiyan Syahri, 26, yang berasal dari Dusun IV Desa Bukit Langkap,
Kabupaten Muratara, menyebabkan Siti Nurhaliza mengalami lebam di bahagian
kiri pipinya.
Menurut kenyataan polis, suspek tidak boleh menerima pertengkaran yang berlaku
antara isteri dengan ibunya.
“Mangsa mendakwa dipukul enam kali oleh suaminya selepas kejadian bertikam
lidah dengan ibu mentuanya.
“Kepalanya dihentak ke lantai sehingga menyebabkan pipi kirinya mengalami
lebam teruk,” kata kenyataan itu.
Ketua Polis Muratara, Asisten Komisioner Polis Besar Eko Sumaryanto, melalui
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Dedi Rahmad Hidayat,
mengesahkan penangkapan itu.
Suspek ditahan selepas polis mendapat maklumat daripada keluarga mangsa
bahawa suspek melarikan diri dari kediaman selepas insiden berkenaan dan
bekerja di sebuah ladang ternakan Kelurahan Terawas Kecamatan STL Ulu Terawas,
Kabupaten Mura.
Join our Telegram Channel