SOKONG KERAJAAN PN SEHINGGA PARLIMEN MULA BERSIDANG
Keputusan MKT amat jelas. MKT setuju menarik balik sokongan kepada PM 8. MKT juga desak PM meletak jawatan.
Keputusan MKT itu berasaskan tujuh hujah kegagalan PM 8. Kalau ada yang membantah maka lawanlah tujuh hujah tersebut.
Seorang dua rakan peguam menyatakan, tarik balik sokongan kepada Perdana Menteri lebih mencederakan berbanding tarik sokongan kepada Kerajaan PN.
Maka keputusan MKT adalah tepat. Ia ancaman kepada Muhyiddin Yassin dan para pentaksub beliau seperti Tan Seri Annuar Musa.
Ini kerana YDP Agong memperkenan lantikan seorang Perdana Menteri bukan sebuah kerajaan. Perdana Menteri kemudiannya akan lantik anggota Kabinetnya.
Justeru apabila Perdana Menteri hilang kuasa, maka kerajaannya juga akan runtuh. Itu yang berlaku kepada Peja dan Tun M bila mereka letak jawatan. Kerajaan turut tumbang.
Kini ada pihak cuba putar belitkan keputusan MKT. Annuar Musa bocorkan dalam grup Ketua Bahagian rakaman video dan verbatim mesyuarat MKT.
Mana dia dapat semua itu? Siapa supply pada dia? Sudah tentulah anggota kluster scheme of thing yang hadir dalam mesyuarat MKT.
“Scheme of things” pernah disebut oleh PM 8. Bukan rahsia lagi butiran ucapan beliau dalam video yang viral itu. Beliau sebut taktik beri jawatan Menteri dan GLC kepada MP UMNO.
Scheme of thing bermaksud cara sesuatu perkara itu diatur termasuk sogokan jawatan dan pangkat.
Annuar dakwa ada perkara yang tidak disebut dalam kenyataan media Presiden selepas mesyuarat MKT.
Antaranya, jika berlaku sebarang pengundian di Parlimen, maka MPs UMNO boleh guna budi bicara mereka untuk buat keputusan. Namun keputusan parti mesti dijadikan panduan.
Annuar Musa cukup lama jadi ahli MKT. Tidak semua perkara masuk dalam press release. Lagi pun bukan rahsia ada segelintir MPs termasuk beliau membantah keputusan parti.
Mereka boleh teruskan. Tetapi mereka juga mesti sanggup menanggung risiko. Itu mesejnya.
Tetapi kenapa itu sahaja yang Annuar dan gengnya bocorkan? Juga disebut, MPs UMNO kekal sokong Kerajaan PN hingga Parlimen mula bersidang. Dua minggu sahaja. Kenapa fakta ini Annuar tidak bocorkan?
Annuar ada salinan verbatim. Ismail Sabri ada sebut dalam MKT jika UMNO tarik sokongan kepada PM 8, dikhuatiri DAP akan sokong PM 8 kerana kononnya DAP sign CSA (Confidence and Supply Agreement) dengan Kerajaan?
Apakah itu betul atau propaganda? Kalau sah cerita itu apakah kita dianggap bersekongkol dengan kerajaan yang mahu berbaik dengan DAP supaya PM 8 kekal jawatan?
Sedangkan ada MP seperti Annuar Musa suka gembar gembur Presiden sokong Anwar dan DAP. Keputusan MKT dua hari lalu tetap No Anwar No DAP.
PM 8 memang tersepit. Dia tahu UMNO akan buat keputusan. Sebab itu beberapa jam sebelum mesyuarat MKT diumum perlantikan TPM dan Menteri kanan yang baru.
Kenapa sekarang. Kenapa tidak setahun dulu? Lantikan itu bukan untuk selesai masalah rakyat tetapi untuk selesai masalah PM 8 dengan UMNO. Scheme of thing.
ARTIKEL BERKAITAN:
- UMNO tarik semula sokong, keluar PN serta merta
- UMNO tegas tidak calonkan Anwar, DAP
- Ku Li sedia jadi PM interim demi kepentingan rakyat
- Kenderaan bawa peguam negara, menteri ke rumah PM
- Arah menteri UMNO resign dulu, bukan desak PM berundur, kata Presiden MIC kepada Zahid
- Dulu Muhyiddin jatuhkan Pak Lah tapi dia tak letak jawatan menteri pun
- 44 dari 46 MT UMNO setuju henti sokong Muhyiddin
- PN hilang majoriti, PM hanya ada dua pilihan, letak jawatan atau bubar Parlimen
- UMNO Melaka sokong keputusan MT, Presiden henti sokong Muhyiddin
- Hadi: PAS kesal dengan UMNO, sokongan kepada PM tak belah bahagi
- Alhamdulillah kerajaan zalim akan tumbang, Ahli PAS syukur UMNO tinggalkan PM
- Ismail Sabri dedah Mahiaddin bersekongkol dengan DAP secara sulit – Puad
Join our Telegram Channel