415,000 dos vaksin AstraZeneca dari UK akan tiba hari ini – Hishammuddin



CYBERJAYA: Sebanyak 415,000 vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan United Kingdom (UK) kepada Malaysia dijangka tiba pada tengahari ini.

Menteri Kanan Luar (Keselamatan), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan vaksin berkenaan akan dapat meningkat kadar vaksinasi negara dan seterusnya dan salah satu usaha mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.


ketibaan vaksin AstraZeneca akan disambut sendiri oleh Hishammuddin bersama Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Charles Hay dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Menurut Hishammuddin lagi, ia adalah lambang hubungan yang erat dan akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala di pelbagai peringkat.

“Malaysia amat menghargai sokongan yang diberikan UK serta percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.

“Sumbangan itu juga akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian PICK yang sedang dijalankan.” ujar beliau.


Terdahulu, Kenyataan Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur, menyatakan bahawa UK akan mula menghantar sembilan juta vaksin COVID-19 di seluruh dunia, termasuk ke Malaysia, dengan lima juta dos ditawarkan kepada COVAX.

Dalam kenyataan sama, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata Malaysia adalah yang pertama menerima vaksin dari UK.

Malaysia sebelum ini telah menerima sejuta dos vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun dan sejuta dos Vaksin Pfizer sumbangan kerajaan Amerika Syarikat. – SuaraTV / RTM


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram